KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan serta-merta.
Dalam permohonan tersebut, mereka masing-masing menamakan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, seorang pegawai polis, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga kelima.
Pada prosiding pengurusan kes tersebut hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 24 Mei ini untuk pendengaran permohonan kedua-dua mereka.
Kedua-dua pemohon itu diwakili peguam Latheefa Koya manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bertindak bagi pihak semua responden.
Dalam permohonan itu, kedua-dua lelaki berkenaan memohon perintah bahawa penangkapan dan penahanan mereka masing-masing pada 21 dan 27 April lepas adalah tidak teratur, di luar bidang kuasa kawasan polis Johor dan tidak sah.
Mereka juga mendakwa bahawa siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 130V sehingga 130ZB Kanun Keseksaan adalah terlampau luas dan merangkumi elemen-elemen yang berbeza dan responden-responden tidak mempunyai asas untuk menahan pemohon di bawah SOSMA.
Selain itu, mereka turut mendakwa tiada unsur kesalahan yang membenarkan penggunaan SOSMA dan penahanan mereka adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan bersifat mala fide kerana bercanggah antara lain dengan Fasal 5 dan Fasal 149 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 9 April lepas, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Geng Nicky.
Nicky, 33, merupakan pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 24 Mei ini untuk pendengaran permohonan kedua-dua mereka. -Gambar hiasan
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.